CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 20 February 2013

Baby Imran Food

Assalamualaikum, good morning...

Baby Imran will turn 7 months next week. He started solid last month. Me introduced him with carrot puree, avocado puree, apple puree, rice puree, potato puree, banana puree. Imran ni I'd say dalam category yang suka makan kot. Veeery eager nak makan everytime nampak makanan. Tengok orang makan pun meleleh leleh air liur.

Cant remember what I fed for Ahmad, Hajar and Uthman last time. (What??!!) Yes, last time ada maid, everything maid yang prepare dan settlekan. But for Imran, memang every single thing Ibu yang buatkan. So rasa macam baru anak first pulak.. Food processor pun baru beli, baby food cube yang kecik kecik tu pun baru beli. Wondering jugak, dulu budak budak 3 orang ni blend mcmana eh, isi dalam bekas apa eh..
(Then masa ni baru sedar 'setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita').


Semalam, buatkan bubur nasi sayur sayuran untuk Imran. Antara sayur yang ada dalam fridge yang masukkan dalam bubur:
  • Carrot - I prefer Australia carrot rather than China carrot. Carrot dari China agak tawar and sometimes tasteless sangat.
  • Broccoli - pun pilih yang Australia, not China.
  • Potato - dalam banyak banyak jenis potato, Russet potato yang paling sedap, manis, lemak, rasa tak melekat kat lidah macam sesetengah potato.
  • Bayam - yang ni beli seikat, tapi sekali masak guna dalam 5-7 helai daun je.
  • Kurma - masukkan sebiji je. Saja nak cuba masukkan kurma dalam bubur, rebus sekali, sedap, rasa manis2 sikit.
  • Kismis - masukkan dalam 5-7 biji je, cuma nak bagi ada rasa masam masam manis.
*Kurma and kismis adalah superfood for brain, makanan untuk minda kanak kanak dan makanan sunah juga.

Masak bubur ni kalau api perlahan, nasi akan mengembang and pecah cantik je. And please no salt. Untuk manis, guna buah macam kurma or kismis is ok. Honey is ok when 1 year, sebab honey panas.

Bila nasi dah masak jadi bubur, sayur sayur pun dah masak, boleh la blend. I'm using Avent Food Steamer and Blender. Memang banyak berjasa laah blender ni, hari hari guna.



For bubur ni, cuma guna blender je, steam guna untuk buat puree. Senang, steam then flip terus blend, siap.


Hasil nasi bubur sayur sayuran lepas di blend. Sebab masukkan dalam container besar - setiap pagi panaskan untuk breakfast and lunch baru masukkan dalam bekas kecik untuk bawak ke nursery.
Bekalan ke nursery setiap hari - 2 bekas bubur nasi dan 2 bekas apple puree atau any homemade fruit puree.


My mission, cuba nak sediakan homemade food untuk kids and baby as long as I can. I did not manage to breatfeed them long when they were small, so I'll try my level best to cook for them. Insyaallah.

Wish me all the best,
Siti.

Tuesday 19 February 2013

Carta Hafazan


Salah satu kriteria atau silibus yang ditekankan di ICDC ialah Hafazan. I was informed that most of ICDC students yang completed 3 years at ICDC (4,5,6 years) akan dapat menghafaz Juz Amma. Baguskan.. As for Muhsin, he joined ICDC masa umur 6 tahun. And Hajar from 4 years old.

Muhsin is different from Hajar..of course la, boy and girl kan. Muhsin ni quite fast catch up apa pun. Hajar ni focus agak kurang. Mulut menghafal nih, tapi mata melilau ke lain, pastu hafazan pun dah caca merba..heheee.. In 1 year time, Muhsin berjaya menghafaz Juz Amma dari Surah Al Fajr hingga ke An Nas dan Surah Annaba' (Amma yatasaa alun). Surah Annaba' ni budak budak 4 tahun pun boleh ikut baca, sebab everyday teacher akan pasangkan CD before solat Zohor. So kalau bukak CD, memang diorang boleh follow surah ni.

But now since Muhsin dah darjah satu ni, hafazan belum mula lagi di sekolah. Selama hampir dua bulan ni, bacaan Quran yang betul tajwid dan fasihnya masih di titikberatkan di sekolah. Bermula semula dengan Iqra 1 hingga 6 dan mula baca Quran last week.

So segala hafazan surah yang dah berjaya di hafaz masa ICDC dulu, dah banyak yang terlupa. Hajar pulak yang laju je boleh hafal. Therefore, in order to encourage them to start menghafaz balik, I prepared what I called Carta Hafazan. Dah lama sebenarnya beli manila kad, print out nama nama surah, tapi asyik tak sempat je nak buat. So finally, this is our Carta...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'

Atas permintaan ramai, satu lagi column akan dimasukkan untuk si Ayah. Hahaaaha...no excuse ye.
Preparing the chart without glue available, no ruler panjang, ada gunting kecik je.

Seems like she never satisfied for what has been done. Mesti ada nak adjust sana sini. End up, line pun dah tunggang langgang. Actually carta tu belum cukup complete Juz Amma, sebab manila kad tak cukup, then kertas for the remaining surah tu terkoyak baby Imran masuk mulut.

Siap je carta, masing  masing berlumba nak mula hafazan, sebab nak tampal sticker for every surah yang boleh dihafal. I gave them oppurtunity to select the stickers they want to paste on their column.
Believe me, in less than 1 hour, without any pressure, tanpa paksaan, tanpa ugutan (huhuhuu..kalau keadaan memaksa), inilah hasilnya:


Hajar:       Kenapa kotak Ibu kosong?
Ibu:           Sticker kita kan dah habis, nanti next week Ibu beli sticker kita tampal.
Ahmad:     Nanti Ahmad yang dengar Ibu baca surah ni tau.
Ibu:            ..... :-)     (Sedang berusaha untuk tidak menjadi yang tercorot)


Good night, Assalamualaikum.
Semoga esok akan menjadi lebih baik dari hari ni.

Siti.

Monday 18 February 2013

Muhsin at Dar Al Hikmah



Assalamualaikum.
Yes yes yes...it has been almost 6 months! Lamanya berhabuk diary ni. Fuh fuh fuh...
Life's tough lately. Very very very tough. Juggling between work, kids, houseworks, oh dan banyak lagi lah. Since Kakak Yuli dah balik Indon for goods early 2012, we have no maid since then. Tahla, in dilemma nak ke taknak, perlu atau tak actually. Sometimes amat memerlukan khidmat maid, but sometimes aah, fedulikkan itu semua. :-)

Ok ok back to the story. Muhsin is 7 this year. He's in Dar Al Hikmah - Maahad Tahfiz Integrasi nearby our house. Why we choose this school? Tak lain dan tak bukan, sebab saya amat merasakan, perlunya anak anak zaman sekarang diterapkan dengan ilmu agama, ilmu Quran sebaik mungkin. Saya sendiri bukanlah dibesarkan dengan background agama sepenuhnya. Dan saya rasa, dengan mendidik anak ke arah generasi Quran, indirectly, we as a parent akan terkena tempiasnya. Dan saya rasa jugak, kalau kita meletakkan Quran on the top, ilmu ilmu lain akan dimudahkan Allah, Insyaallah. Yup, kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik buat kita.



My dear Ahmad on his first day at school. Soo excited dapat jumpa kawan kawan ex ICDC dulu. If I'm not mistaken, there's only around 11 or 13 students in Ibn Kathir class. Three quarter of them are ex-ICDC.
Uniform is darkblue pants- seluar budak sekolah rendah tu, baju grey, kopiah putih, black socks and shoes. On Friday, boleh pakai white jubah dan tee and track suit kat dalam for Futsal activity after Zohor/ Jumaat prayer. Oh, Standard 1-3 tak pergi masjid for Solat Jumaat, so diorang solat Zohor kat sekolah. Kemudian 2.30 pergi main futsal.

Ni jubah putih untuk Jumaat. Beli kat Wisma Yakin, kedai Omar Ali, RM30 kalau tak silap.

Ok, ada yang bertanya, apa yang di ajar di Dar Hikmah? Subjek diniyah semata ker? Ketinggalan lah kanak kanak ni kalau akademik tak diajar jugak. Ok untuk Ibn Kathir, iaitu kelas darjah 1 lelaki (Banat), setiap hari bermula selepas assembly, from 8 am till 12 noon, break at 9.30-10am, diorang akan belajar Talaqi, Tajwid dan Hafazan. Kemudian sebelah petang Arabic, Feqh, English, Math, Science, Bahasa Melayu, Sirah, Jawi, Hadith, Aqidah and Sport (Futsal). Alhamdulillah, so far Ahmad tak ada masalah nak bangun pagi ke sekolah, he's eagerly looking forward every night to sleep early to wake up early in the morning. I thought mula mula la senang, sure nanti susah bangun, but as of mid February ni, alhamdulillah.

I think I need to stop by now, masih beraturan lagi kerja kerja yang perlu dibereskan sebelum dapat tidur, now 12.05am, hopefully by 1.30 am dapat la masuk bilik..
(siapkan beg sekolah,
(lipat segunung baju, kalau rajin simpan terus,
(siapkan jahit long skirt yg tak siap semalam,
(siapkan baju untuk esok.)

Good nite, Assalamualaikum...