CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Imran. Show all posts
Showing posts with label Imran. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Baby Imran Food

Assalamualaikum, good morning...

Baby Imran will turn 7 months next week. He started solid last month. Me introduced him with carrot puree, avocado puree, apple puree, rice puree, potato puree, banana puree. Imran ni I'd say dalam category yang suka makan kot. Veeery eager nak makan everytime nampak makanan. Tengok orang makan pun meleleh leleh air liur.

Cant remember what I fed for Ahmad, Hajar and Uthman last time. (What??!!) Yes, last time ada maid, everything maid yang prepare dan settlekan. But for Imran, memang every single thing Ibu yang buatkan. So rasa macam baru anak first pulak.. Food processor pun baru beli, baby food cube yang kecik kecik tu pun baru beli. Wondering jugak, dulu budak budak 3 orang ni blend mcmana eh, isi dalam bekas apa eh..
(Then masa ni baru sedar 'setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita').


Semalam, buatkan bubur nasi sayur sayuran untuk Imran. Antara sayur yang ada dalam fridge yang masukkan dalam bubur:
  • Carrot - I prefer Australia carrot rather than China carrot. Carrot dari China agak tawar and sometimes tasteless sangat.
  • Broccoli - pun pilih yang Australia, not China.
  • Potato - dalam banyak banyak jenis potato, Russet potato yang paling sedap, manis, lemak, rasa tak melekat kat lidah macam sesetengah potato.
  • Bayam - yang ni beli seikat, tapi sekali masak guna dalam 5-7 helai daun je.
  • Kurma - masukkan sebiji je. Saja nak cuba masukkan kurma dalam bubur, rebus sekali, sedap, rasa manis2 sikit.
  • Kismis - masukkan dalam 5-7 biji je, cuma nak bagi ada rasa masam masam manis.
*Kurma and kismis adalah superfood for brain, makanan untuk minda kanak kanak dan makanan sunah juga.

Masak bubur ni kalau api perlahan, nasi akan mengembang and pecah cantik je. And please no salt. Untuk manis, guna buah macam kurma or kismis is ok. Honey is ok when 1 year, sebab honey panas.

Bila nasi dah masak jadi bubur, sayur sayur pun dah masak, boleh la blend. I'm using Avent Food Steamer and Blender. Memang banyak berjasa laah blender ni, hari hari guna.



For bubur ni, cuma guna blender je, steam guna untuk buat puree. Senang, steam then flip terus blend, siap.


Hasil nasi bubur sayur sayuran lepas di blend. Sebab masukkan dalam container besar - setiap pagi panaskan untuk breakfast and lunch baru masukkan dalam bekas kecik untuk bawak ke nursery.
Bekalan ke nursery setiap hari - 2 bekas bubur nasi dan 2 bekas apple puree atau any homemade fruit puree.


My mission, cuba nak sediakan homemade food untuk kids and baby as long as I can. I did not manage to breatfeed them long when they were small, so I'll try my level best to cook for them. Insyaallah.

Wish me all the best,
Siti.

Wednesday, 22 August 2012

The arrival of our 4th: Part 1

Syuukur Alhamdulillah.

Welcoming a new member to the family..baby Ali Imran Bin Muhammad Sabri.

Tarikh Lahir: 27 July 2012 (Friday)
Masa: 1153am
Weight/length: 3.03kg / 50cm
Tempat: Ampang Puteri Specialist Hospital
Gynae: Dr Fauziah Hj Mohd Hassan
Paed: Dr Nomee Ashikin

Ok, jom nak cerita sikit pengalaman melahirkan this time. Anak pertama, kedua dan ketiga semuanya mempunyai jalan cerita yang berbeza. Yang ke empat ni pun lain jugak ceritanya.

My first and third child, saya melahirkan secara induce, meaning forced labor, or planned labor. The fourth ni pun dah planned dengan Dr Fauziah nak bersalin on certain2 week, and she'll confirm hari apa yang dia available. Since I've been on MC (unpaid leave dah pun) for almost 1 month before my due date, so we decided to set for delivery on week of 23 July. Haahh...thats the first week of Ramadhaan. Bila check timetable Dr Fauziah, we'd go on Friday 27th.

Here we go..

27th 0030am - On the way to the APSH, we all singgah dulu Pelita Ampang Point, teh tarik session for the last time..heheheee...lepas ni kan kena pantang teh for quite sometime..angin orang tua tua kata. Huh, teh tarik, roti bakar, naan and tandoori tengah tengah malam mmg nikmat.

0130am - To Emergency APSH for admission. Orang masa ni ramai la jugak, mostly kanak kanak demam. Requested for single room, tapi kena KIV sebab penuh. So malam ni kena duduk twin sharing. Sebenarnya plan tak nak ambik package, sebab kalau everything ok, Jumaat tengahari bersalin, Sabtu tengahari boleh la balik umah dah. So memang tak ambik package.
Dah lepas bayar deposit etc, naik atas pegi maternity ward.. spouse tak boleh tunggu since bilik share dua orang kan, so oklah, cik abang, boleh la balik umah mengulit mimpi enak dalam bilik sendiri, kaan.

0630am - Tidur tidur ayam je pun, sebab memang tak best tidur kat hospital, tidur tapi tak lena. By 6.30am, nurse datang buat VE. Tak suka tak suka. Nurse dah la budak2.. lagipun tak pandai sangat la buat, normally kalau doctor or mw yang buat, tak la sakit dan takla lama sangat. Ni halaahai.. rasa macam nak ...haaiiiishh...ada la berdarah sikit.

0640am - Nurse masukkan ubat buang air besar. ni pun tak suka jugak.

0650am - First round ke toilet.
0715am - Second round to toilet.
0730am - Gosok gigi, lens on.

0740am - Berjalan menyerah diri ke LDR 3. Nurse in charge masa ni nama Zamrina. Very good mw. She was the nurse yang buat home nursing masa lahirkan Uthman in 2010 dulu. Dia tegur, akak ni yang duduk kat sini sini yang ada buat bisnes tudung tu kan.. Goood memory!
Lepas tukar baju.. mw pasangkan CTG and get ready dengan semua alat2 lain. I did inform her that I want epidural. She noted. Masa ni, kat labor room masyaaalah, sejuk yang amat. Kat APSH, aircond kat LDR tak boleh control, since lahirkan Muhsin 2006 dulu dah complain, but..sama je pun 2012 ni.

 Ini lah LDR 3 APSH

0800am - MW set kan drip line. Then she called anesthetist.



0900am - Dr Hashim anesthetist in charge sampai. Epidural pun set. Masa ni myhusband dah sampai dah, lepas hantar kids to school at 8.30am.

0915am - Oxytocin on. Ni drip to stimulate uterus to start contraction.

1015am - VE by MW - 4cm.. sakit jugak masa ni. Meaning that - epidural did not work! it not supposed to feel anything as epidural was on 1 hour ago.

1030am - Dr Hashim set higher dose epidural.

1045am - VE by Dr Fauziah - 4cm. She broke the waterbag. Katanya pangkal rahim sangat lembut, progress akan cepat.

1115am - Ada sikit leaking kat epidural nye line, sebab tu if set at 5ml, mungkin yang masuk cuma 3ml. Doctor proposed nak reset. Huhuuu... what happened if it takes time to effective? Now dah 4 cm, kalau epidural yang baru ni ambik masa 1-2 hours, and what happened kalau bersalin cepat?
So I said, just wait for a few minutes, we wait till 1130 then we'll see how.
Masa ni contraction dah agak kuat. My husband and doctor rancak bersembang pasal aktiviti pancing laut dalam kat Myanmar Thailand mana tah...

1130am - MW checked - dah 6cm opening. Contraction semakin kuat tapi boleh tahan lagi.

1145am - Dah 10cm. So bye bye the new epidural. Tawakkal kat Allah je lah. Mungkin Allah nak saya rasa jugak sakit nya nak bersalin. Kita merancang, Allah menentukan.
Masa ni, kalau rasa sakit je, ambik Entonox.
Dr Fauziah yang baru nak gi OT ada case, terus berlari2 masuk LDR3 dengan boot PCK nye...

1153am - Alhamdulillah, dengan 2 kali percubaan, the baby out. Me? Still layan Entonox sebab doctor nak jahit pulak.


The baby seems very cold. lepas di azankan, dapat hug baby untuk nak kurangkan sejuk dia. Masa ni, dah celik mata pandang sana sini.. sambil bermail dengan air liur dia..


Will continue Part 2 when the time permits...


Part 2 - Poor little baby Imran overnight in incubator.